\id PHP \h Filipi \toc1 Filipi \toc2 Filipi \mt1 Filipi \c 1 \p \v 1 Daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Isa al-Masih, \b \p Kepada semua orang salih dalam Isa al-Masih di Filipi, serta para pengurus dan penolong jemaah: \b \m \v 2 Kasih kurnia dan sejahtera kepadamu daripada Bapa kita Allah dan daripada Junjungan Isa al-Masih. \s1 Ucapan syukur dan doa \p \v 3 Aku bersyukur kepada Tuhan setiap kali aku teringat akan kamu \v 4 dan aku sentiasa mendoakanmu dengan sukacita dalam setiap permohonanku, \v 5 kerana persahabatanmu dalam Injil dari mulanya hingga sekarang. \v 6 Aku yakin bahawa Allah yang telah memulakan suatu pekerjaan yang baik dalam dirimu akan menyudahkannya hingga hari Isa al-Masih. \p \v 7 Wajarlah aku memikirkan demikian tentang kamu semua kerana kamu sentiasa dalam hatiku. Kamu telah mendapat kasih kurnia Allah bersamaku, baik dalam hal aku dipenjarakan ini mahupun dalam mempertahankan dan meneguhkan Injil. \v 8 Allah menjadi saksiku bahawa aku amat merindui kamu dengan kasih Isa al-Masih. \p \v 9 Inilah doaku: Semoga kasihmu bertambah-tambah dengan pengetahuan dan pengertian, \v 10 supaya kamu dapat mengetahui perkara-perkara yang baik, sentiasa tulus ikhlas dan tidak bersalah hingga hari al-Masih, \v 11 serta dipenuhi dengan segala yang dibuahi oleh kebenaran yang datang melalui Isa al-Masih, untuk memuji dan memuliakan Allah. \s1 Kesaksian Paulus dalam penjara \p \v 12 Aku ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, bahawa segala yang telah berlaku kepadaku sebenarnya semakin memajukan penyebaran Injil. \v 13 Dengan demikian, nyatalah di kalangan seluruh pengawal istana dan orang ramai bahawa aku dipenjarakan kerana al-Masih. \v 14 Juga, kebanyakan saudara kita dalam Tuhan menjadi yakin kerana aku dipenjarakan, mereka semakin berani menyebarkan firman Allah tanpa ketakutan. \p \v 15 Ada orang yang mengajarkan firman Allah kerana hasad dengki dan persaingan, manakala ada juga dengan niat baik. \v 16 Mereka ini melakukannya dengan kasih, kerana tahu bahawa aku telah ditugaskan untuk mempertahankan Injil. \v 17 Sebaliknya, golongan yang pertama itu mengajar tentang al-Masih untuk kepentingan diri sendiri, bukan dengan ikhlas, kerana mereka menyangka dengan berbuat demikian mereka dapat menyusahkan lagi aku yang terpenjara. \v 18 Oleh itu, bagaimana pula? Hal itu, bagiku tidak penting. Walau dengan apa cara sekalipun, baik berpura-pura mahupun ikhlas, al-Masih sedang diberitakan. Dan kerana ini aku bersukacita dan akan terus bersukacita. \p \v 19 Kerana aku tahu bahawa ini akan membawa kepada penyelamatanku melalui doamu dan pertolongan Roh Isa al-Masih. \v 20 Adalah jangkaan dan harapanku yang bersungguh-sungguh bahawa dalam apa hal pun aku tidak dipermalukan, melainkan dengan segala keberanianku seperti biasa, maka sekarang juga al-Masih akan ditinggikan dalam diriku, baik melalui hidup mahupun mati. \v 21 Kerana bagiku, hidup adalah al-Masih, dan mati adalah keuntungan. \v 22 Tetapi jika aku terus hidup dari segi jasmani, ini akan bermakna usahaku membuahkan hasil. Namun yang mana akan kupilih? Aku tidak tahu! \v 23 Aku sukar memilih antara dua: Aku ingin pergi dan bersama dengan al-Masih, itu jauh lebih baik, \v 24 tetapi kerana kamu, aku merasa perlu terus hidup dari segi jasmani. \v 25 Dengan keyakinan ini, aku tahu bahawa aku akan terus bersama kamu semua untuk kemajuan dan kebahagiaanmu dalam iman, \v 26 supaya rasa sukacitamu dalam Isa al-Masih akan melimpah-limpah kerana aku, apabila aku menemuimu sekali lagi. \p \v 27 Cuma pastikanlah kelakuanmu selaras dengan Injil al-Masih. Dengan demikian, sama ada aku datang menemuimu ataupun tidak, aku akan dapat mendengar tentangmu, bahawa kamu berdiri teguh dalam satu roh, berjuang bersama dengan satu hati untuk iman berdasarkan Injil, \v 28 dan sama sekali tidak takut akan musuh-musuhmu. Bagi mereka, ini adalah tanda kebinasaan tetapi bagimu adalah tanda penyelamatan daripada Allah. \v 29 Kerana kepadamu telah dikurniakan bagi pihak al-Masih, bukan sahaja untuk beriman kepada-Nya tetapi juga untuk menderita kerana-Nya. \v 30 Dan kerana kamu juga menghadapi pertarungan yang kualami dahulu, perjuangan yang masih ada padaku. \c 2 \s1 Mencontohi kerendahan hati al-Masih \p \v 1 Oleh itu, jika ada galakan kerana bersatu dengan al-Masih, jika ada penghiburan hati kerana kasih-Nya, jika ada keakraban dalam Roh, jika ada lemah lembut dan belas kasih, \v 2 sempurnakanlah kebahagiaanku dengan berkeadaan sejiwa, mempunyai kasih yang sama, sepakat dan bersatu hati. \v 3 Janganlah lakukan apapun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya. \v 4 Tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. \p \v 5 Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam diri Isa al-Masih: \b \q1 \v 6 Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, \q2 tidak menganggap kesetaraan dengan \q2 Allah sesuatu yang harus dipertahankan, \q1 \v 7 tetapi Dia telah mengetepikan \q2 martabat diri-Nya, \q2 mengambil bentuk seorang hamba, \q2 dan datang dengan rupa manusia. \q1 \v 8 Dalam keadaan sebagai manusia, \q2 Dia telah merendahkan diri-Nya \q2 dan taat hingga kepada kematian – \q2 bahkan kematian di salib! \q1 \v 9 Itulah sebabnya Allah sangat \q2 meninggikan-Nya \q2 dan menganugerahkan kepada-Nya \q2 nama yang di atas segala nama, \q1 \v 10 supaya kepada nama Isa \q2 segala-galanya bertelut, \q2 segala isi langit, bumi dan yang \q2 di bawah bumi, \q1 \v 11 dan semua lidah mengaku bahawa Isa \q2 al-Masih adalah Junjungan Yang Esa, \q2 untuk mendatangkan kemuliaan \q2 kepada Allah Bapa. \s1 Menyerlah seperti bintang \p \v 12 Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu. \v 13 Kerana Allah yang bekerja dalam dirimu, menyebabkan kamu berkehendak dan menjalankan kerja untuk keredaan-Nya. \p \v 14 Dalam segala perbuatanmu janganlah bersungut-sungut dan berbantah-bantah, \v 15 supaya dirimu suci dan tidak bersalah, dan kamu menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela antara manusia. Dalam zaman yang penuh tipu daya dan perbuatan songsang, maka terserlahlah kamu seperti bintang dalam dunia, \v 16 berpegang teguh kepada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari al-Masih kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia. \v 17 Walaupun sekiranya aku dicurahkan seperti minuman yang dipersembahkan sebagai korban dan khidmat imanmu, aku berbahagia dan bersukacita bersama kamu semua. \v 18 Demikian jugalah kamu harus bahagia dan bersukacita bersamaku. \s1 Timotius dan Epafroditus \p \v 19 Dalam Junjungan Isa aku berharap akan dapat mengutus Timotius kepadamu dengan segera, supaya hatiku dihiburkan apabila mengetahui segala hal ehwalmu. \v 20 Kerana tiada seorang bersamaku yang sama sepertinya dan bersungguh-sungguh mengambil berat tentang hal ehwalmu. \v 21 Ini kerana semua orang mementingkan hal sendiri, tetapi bukan mereka yang kepunyaan al-Masih. \v 22 Tetapi kamu mengetahui kelakuannya yang sudah teruji, seperti anak dengan bapa dia berkhidmat bersamaku dalam penyebaran Injil. \v 23 Oleh itu aku berharap akan mengutusnya dengan segera, sebaik-baik aku mengetahui bagaimana keadaanku. \v 24 Tetapi aku yakin dalam Tuhan bahawa aku pun akan datang tidak lama lagi. \p \v 25 Namun, aku merasakan perlu menghantar kepadamu Epafroditus, saudaraku, rakan sekerja dan seperjuanganku, pesuruhmu yang telah melayaniku dalam keadaanku yang serba kekurangan. \v 26 Ini kerana dia merindui kamu semua, dan berasa susah hati disebabkan kamu telah mendengar bahawa dia sakit. \v 27 Memang benar dia sakit, hampir mati, tetapi Allah berbelas kasihan kepadanya, bukan hanya dia tetapi aku juga, supaya kesedihanku tidak bertimpa-timpa. \v 28 Oleh itu aku menghantarnya dengan rela dan segera, supaya kamu bersukacita dapat bertemu lagi dengannya, dan supaya aku juga kurang khuatir. \v 29 Sambutlah dia dalam Tuhan dengan sepenuh sukacita, dan hormatilah orang yang sedemikian. \v 30 Kerana untuk pekerjaan al-Masih dia hampir mati, mempertaruhkan nyawanya untuk menyempurnakan apa-apa yang kurang dalam layananmu kepadaku. \c 3 \s1 Segalanya untuk al-Masih \p \v 1 Akhir kata, saudara-saudaraku, bersukacitalah dalam Tuhan! Bagiku menuliskan perkara yang sama kepadamu tidaklah menjemukan, dan ini memastikan keselamatanmu. \p \v 2 Awas orang yang bersikap seperti anjing, awas orang yang berbuat jahat, awas tukang sunat yang palsu. \v 3 Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Isa al-Masih, dan tidak mengharapkan hal lahiriah – \v 4 walaupun aku sendiri ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah. \p Jika sesiapa menyangka dia ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah, aku lebih lagi. \v 5 Aku disunatkan ketika berumur lapan hari, berbangsa Israel, daripada suku Benyamin, seorang Ibrani keturunan orang Ibrani; dalam hal Taurat aku orang Farisi; \v 6 dari segi kesungguhan, aku telah menganiaya jemaah; tentang kebenaran dalam mentaati Taurat, aku tiada cacat cela. \p \v 7 Tetapi segala yang dahulu merupakan untung bagiku, sekarang kukira rugi kerana al-Masih. \v 8 Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Isa al-Masih, Junjungan kita Yang Esa. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu al-Masih, \v 9 dan didapati di dalam-Nya, bukan dengan kebenaran sendiri yang datang dari Taurat, melainkan yang datang melalui iman kepada al-Masih, kebenaran daripada Allah melalui iman. \v 10 Aku hendak mengenal-Nya dan kuasa kebangkitan-Nya, dan turut merasai penderitaan-Nya, serta menjadi seperti Dia dalam kematian-Nya, \v 11 supaya pada akhirnya aku dapat mencapai kebangkitan daripada kematian. \s1 Terus berusaha ke arah matlamat \p \v 12 Bukanlah aku telah mencapainya, atau telah disempurnakan, tetapi aku terus berusaha, semoga aku dapat mengambil sesuatu yang kerananya aku telah diambil oleh Isa al-Masih. \v 13 Saudara-saudara, aku tidak menganggap diriku telah dapat mengambilnya, tetapi satu perkara kulakukan: Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, \v 14 aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Isa al-Masih. \p \v 15 Oleh itu semua yang matang antara kita hendaklah berfikiran sedemikian, dan jika berbeza fikiranmu dalam apapun, Allah akan menyatakan hal itu juga kepadamu. \v 16 Tetapi setakat yang telah kita capai, marilah kita menempuhnya demikian juga. \p \v 17 Saudara-saudara, bersatulah menurut teladanku, dan perhatikan mereka yang hidup selaras dengan teladan yang kami berikan. \v 18 Kerana, seperti yang sudah sering kukatakan kepadamu, dan sekarang kukatakan lagi dengan tangisku, ramai orang hidup sebagai seteru kepada salib al-Masih. \v 19 Kesudahan mereka adalah kebinasaan, tuhan mereka adalah perut mereka, kemuliaan mereka adalah dalam keaiban mereka. Mereka menumpukan perhatian kepada perkara dunia. \v 20 Tetapi kewargaan kita adalah di syurga, dari situ kita menanti-nantikan Penyelamat, Junjungan Isa al-Masih. \v 21 Dia akan mengubah tubuh kita yang hina ini supaya serupa dengan tubuh-Nya yang mulia, melalui kuasa-Nya yang dapat menaklukkan segalanya kepada diri-Nya. \c 4 \p \v 1 Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi dan dirindui, yang menjadi kebahagiaanku dan mahkotaku, berdirilah dengan teguh dalam Tuhan, wahai sekalian yang kusayangi! \s1 Nasihat-nasihat terakhir \p \v 2 Aku merayu kepada Euodia dan Sintikhe supaya bersatu hati dalam Tuhan. \v 3 Dan aku meminta kepadamu juga, teman sejati, bantulah perempuan-perempuan ini yang telah berusaha bersamaku untuk Injil, juga dengan Klemen serta teman sekerjaku yang lain, yang nama-nama mereka ada dalam Kitab Hidup. \p \v 4 Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa. Kukatakan lagi: Bersukacitalah! \v 5 Biar sikapmu yang lemah lembut diketahui oleh semua orang. Tuhan ada berhampiran. \v 6 Jangan bimbangkan apapun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. \v 7 Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Isa al-Masih. \p \v 8 Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi – jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji – tumpukan fikiran kepadanya. \v 9 Segala yang kamu pelajari, terima, dengar dan lihat dalam diriku – lakukanlah. Maka Allah yang memberikan segala sejahtera akan bersertamu. \s1 Bersyukur kerana pemberian jemaah \p \v 10 Tetapi aku amat bersukacita dalam Tuhan kerana akhirnya sekarang prihatinmu terhadapku telah semarak semula. Sebenarnya dahulu pun kamu sudah mengambil berat terhadapku, tetapi tidak ada kesempatan bagimu. \v 11 Aku tidak bercakap disebabkan kekurangan, kerana dalam keadaan apapun aku telah belajar merasa cukup. \v 12 Aku tahu bagaimana hidup miskin hina dan bagaimana hidup mewah mulia. Di mana-mana dan dalam apa sahaja, aku telah belajar merasa cukup, baik kenyang atau lapar, senang atau susah. \v 13 Aku dapat melakukan segalanya melalui al-Masih yang memberiku kekuatan. \p \v 14 Namun demikian kamu telah berbuat baik dengan mengambil bahagian dalam kesusahanku. \v 15 Kamu orang Filipi juga tahu bahawa apabila Injil mula dikhabarkan, ketika aku baru keluar dari Makedonia, tiada jemaah yang memberikan layanan kepadaku dalam memberi dan menerima kecuali kamu. \v 16 Ketika aku di Tesalonika pun kamu telah mengirimkan bantuan untuk menampung kekuranganku. \v 17 Bukanlah aku hendakkan pemberian itu, tetapi aku hendakkan kebaikan itu menambahkan jumlah perbuatan baik dalam kira-kiramu. \v 18 Sebenarnya aku ada segalanya, bahkan berlebihan; sudah cukuplah bagiku, setelah menerima kirimanmu dari tangan Epafroditus, bau yang harum dan persembahan yang diterima serta diredai Allah. \v 19 Allah Tuhanku akan membekalkan segala keperluanmu daripada kekayaan-Nya dalam kemuliaan melalui Isa al-Masih. \p \v 20 Segala kemuliaan bagi Bapa kita Allah selama-lamanya. Amin. \s1 Salam akhir \p \v 21 Sampaikan salamku kepada setiap orang yang salih dalam Isa al-Masih. Saudara-saudara yang bersamaku mengirim salam kepadamu. \v 22 Semua orang salih di sini mengirim salam kepadamu, terutamanya isi istana Kaisar. \p \v 23 Semoga kasih kurnia Junjungan Isa al-Masih menyertai rohmu. Amin.