\id 1TH \h 1 Tesalonika \toc1 1 Tesalonika \toc2 1 Tesalonika \mt1 1 Tesalonika \c 1 \p \v 1 Surat ini daripada Paulus, Silwanus dan Timotius, \b \p Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah Bapa dan Junjungan Isa al-Masih: \b \p Kasih kurnia dan sejahtera menyertai kamu. \s1 Ucapan syukur \p \v 2 Kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu semua dan menyebut nama-namamu dalam doa kami. \v 3 Kami sentiasa ingat betapa kamu telah bekerja dalam iman, berusaha dengan kasih dan bersabar dengan sepenuh harapan kepada Junjungan Isa al-Masih kita di hadapan Allah Bapa kita. \p \v 4 Saudara-saudara yang dikasihi, kami tahu bahawa Allah telah memilihmu. \v 5 Kerana Injil yang kami beritakan itu telah sampai kepadamu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Suci dan dengan keyakinan kukuh. Kamu tahu akan sifat dan kehidupan kami sewaktu bersamamu demi kebaikanmu. \v 6 Kamu mengikut teladan kami dan teladan Junjungan. Walaupun kamu banyak menanggung kesengsaraan, namun kamu menyambut khabar itu dengan sukacita yang datang daripada Roh Suci. \v 7 Oleh yang demikian kamu menjadi teladan kepada semua orang beriman di Makedonia dan Akhaya. \v 8 Firman Tuhan tersebar bukan sahaja di Makedonia dan Akhaya malah di serata tempat. Mereka telah mendengar tentang imanmu kepada Allah, maka kami tidak perlu berkata apa-apa lagi. \v 9 Mereka sendiri menceritakan bahawa kamu telah menyambut kami dengan baik apabila kami mengunjungimu dulu, bahawa kamu berpaling daripada menyembah berhala untuk menyembah Allah Yang Hidup dan Benar, \v 10 dan untuk menantikan kedatangan Putera-Nya dari syurga, yang telah dibangkitkan Allah daripada kematian – Isa yang akan menyelamatkan kita daripada kemurkaan yang akan datang. \c 2 \s1 Kerja Paulus di Tesalonika \p \v 1 Saudara-saudaraku, kamu tahu bahawa kunjungan kami kepadamu tidak sia-sia. \v 2 Kamu tahu bahawa kami telah dianiaya dan telah dihina di Filipi. Walaupun kami telah ditentang tetapi dengan pertolongan Allah Tuhan kita, kami beroleh keberanian untuk menyampaikan Injil-Nya kepadamu. \v 3 Seruan kami kepadamu tidak berasaskan kesilapan atau niat yang jahat mahupun percubaan memperdayamu. \v 4 Sebaliknya, kami sentiasa berkata-kata sebagai orang yang dipandang layak oleh-Nya untuk memegang amanah menyampaikan Injil itu. Kami tidaklah berusaha hanya sekadar menyukakan hati manusia tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah yang menguji hati kami. \v 5 Kamu tahu bahawa kami tidak mendekatimu dengan kata-kata sanjungan atau dengan niat tersembunyi untuk mendapatkan keuntungan daripadamu. Allah menjadi saksi kami. \v 6 Kami juga tidak berusaha mendapatkan pujian manusia baik daripada kamu mahupun orang lain. \p Walaupun sebagai rasul al-Masih kami memang boleh menuntut sesuatu daripadamu, \v 7 namun ketika kami bersamamu, kami bersikap lemah lembut seperti ibu menjaga anak-anaknya. \v 8 Kami amat mengasihimu sehingga kami bukan sahaja berasa sukacita menyampaikan Injil daripada Allah kepadamu malah sanggup memberikan kehidupan dan nyawa kami untukmu kerana kamu amat dekat dengan kami. \v 9 Saudara-saudaraku, tentu kamu ingat betapa kami bertungkus-lumus siang malam agar tidak membebankan kamu ketika kami menyebarkan Injil daripada Allah. \p \v 10 Kamu menjadi saksi kami, di samping Allah, bahawa setiap perbuatan kami suci, benar dan tiada cacat celanya di kalangan kamu yang beriman. \v 11 Kamu tahu betapa kami menasihati, menggalakkan dan menyeru kamu seperti bapa terhadap anak-anaknya, \v 12 supaya kamu hidup dengan cara yang diredai Allah yang memanggilmu ke dalam kerajaan-Nya serta kemuliaan-Nya. \p \v 13 Di samping itu, kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana apabila kami menyampaikan perkhabaran Allah kepadamu, kamu telah mendengar dan menyambutnya bukan sebagai perutusan daripada manusia tetapi sebagai firman Allah. Memang benar perkhabaran itu daripada Allah yang bekerja dalam dirimu yang beriman. \v 14 Saudara-saudaraku, kamu telah mengikut teladan jemaah Allah di Yudea yang beriman kepada Isa al-Masih. Kamu dianiaya oleh bangsamu sendiri, sebagaimana jemaah di Yudea dianiaya oleh orang Yahudi. \v 15 Orang Yahudi telah membunuh Junjungan Isa dan nabi-nabi mereka sendiri serta mengusir kami keluar. Mereka menyakitkan hati Allah, memusuhi semua manusia, \v 16 serta menghalang kami daripada menyebarkan perkhabaran kepada orang bukan bani Israel supaya mereka beroleh penyelamatan. Demikianlah orang Yahudi berterusan melakukan dosa sehingga sampai hadnya. Kini seluruh kemurkaan Allah menimpa mereka. \s1 Kerinduan Paulus \p \v 17 Saudara-saudara, meskipun kami terpisah jauh daripadamu bagi sementara waktu, namun hati kami tetap dekat denganmu dan amat merinduimu. Kami berusaha sedaya upaya untuk bertemu lagi denganmu. \v 18 Kami berhasrat mengunjungimu lagi. Aku sendiri telah berusaha berkali-kali untuk melawatmu, tetapi kami telah dihalang oleh Iblis. \v 19 Siapakah harapan, kesukaan, atau mahkota yang akan kami megahkan kelak di hadapan Junjungan kita Isa ketika Dia datang nanti? Bukankah kamu? \v 20 Memang kamulah kemuliaan dan kegembiraan kami. \c 3 \p \v 1 Apabila kami tidak tertahan lagi, kami membuat keputusan untuk tinggal seorang diri di Atena. \v 2 Sementara itu kami mengutus Timotius, saudara kami dan rakan sekerja Allah dalam Injil al-Masih, untuk menetapkan hatimu dan meneguhkan imanmu, \v 3 supaya tiada seorang pun daripadamu goyah pendirian akibat penganiayaan itu. Kamu tahu bahawa ini sudah ditentukan untuk kita. \v 4 Sewaktu kami bersamamu dulu, kami telah pun menyatakan bahawa kita akan dianiaya. Kini kamu telah melihat bahawa penganiayaan itu benar-benar berlaku. \v 5 Aku telah mengutus Timotius kepadamu kerana terlalu ingin mengetahui bagaimana keadaan imanmu. Aku bimbang kalau-kalau si penggoda telah menggodamu sehingga usaha kami sia-sia belaka. \s1 Laporan Timotius \p \v 6 Sekarang Timotius telah pulang membawa khabar baik tentang iman dan kasihmu. Dia memberitahu bahawa kamu sentiasa mengenang mesra terhadap kami serta ingin menemui kami sebagaimana kami ingin menemuimu. \v 7 Oleh itu, saudara-saudara, di tengah-tengah kesusahan dan kesengsaraan, hati kami terhibur oleh berita tentang imanmu. \v 8 Kerana kini kami benar-benar hidup, memandangkan kamu tetap berdiri teguh di dalam Junjungan. \v 9 Bagaimanakah kami harus bersyukur kepada Allah atas segala kegembiraan yang kami rasakan kerana kamu di hadapan Allah Tuhan kita? \v 10 Siang malam kami berdoa sepenuh hati semoga kami dapat menemuimu dan melengkapkan apa yang masih kurang dalam imanmu. \p \v 11 Semoga Allah Bapa kita dan Isa, Junjungan kita melorongkan pertemuan kita. \v 12 Semoga Tuhan menjadikanmu semakin kasih-mengasihi dan semakin mengasihi sesama manusia sebagaimana kami mengasihimu. \v 13 Dengan demikian Tuhan akan memperteguhkan hatimu sehingga kamu menjadi suci, tiada cacat cela di hadapan Allah Bapa kita semasa Junjungan kita Isa datang dengan semua pengikutnya yang salih. \c 4 \s1 Nasihat supaya hidup suci \p \v 1 Akhirnya, saudara-saudaraku, dengan nama Junjungan Isa, kami meminta dan menyeru kamu sebagaimana yang kamu pelajari daripada kami supaya kamu menegakkan cara hidup yang diredai Allah. Sebagaimana yang telah kamu lakukan sedemikian, lakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh. \v 2 Kamu mengetahui petunjuk-petunjuk yang telah kami berikan kepadamu melalui Junjungan Isa. \p \v 3 Allah menghendakimu hidup suci dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang cabul. \v 4 Hendaklah kamu masing-masing tahu bagaimana mengawal tubuh badan sendiri dan hidup dalam kesucian dan kehormatan, \v 5 serta tidak menurut hawa nafsu seperti yang dilakukan oleh orang yang tidak mengenal Allah. \v 6 Janganlah sesiapa berbuat salah kepada saudaranya atau memperdayanya dalam hal ini. Kami telah menyatakan ini kepadamu dulu dan memberikan amaran keras bahawa Tuhan akan menimpakan pembalasan kepada orang yang melakukan kesalahan demikian. \v 7 Allah tidak memanggil kita supaya hidup cabul tetapi agar hidup dalam kesucian. \v 8 Oleh yang demikian, sesiapa yang menolak ajaran ini bukanlah sekadar menolak manusia tetapi menolak Allah yang mengurniai kita Roh Suci-Nya. \p \v 9 Kami tidak perlu menuliskan betapa kamu harus kasih-mengasihi sebagai saudara. Allah telah mengajarmu supaya kasih-mengasihi. \v 10 Kamu telah pun mengamalkannya terhadap saudara-saudara seiman di serata Makedonia. Namun, saudara-saudaraku, kami menyerumu supaya lebih kasih-mengasihi lagi. \p \v 11 Berusahalah untuk hidup tenang, usah campuri hal orang dan carilah nafkah sendiri, sebagaimana yang kami katakan kepadamu dulu. \v 12 Dengan demikian kamu akan dihormati oleh mereka yang bukan pengikut al-Masih dan kamu tidak akan kekurangan apa-apa. \s1 Kedatangan Isa al-Masih \p \v 13 Saudara-saudaraku, kami mahu kamu mengetahui kebenaran tentang orang yang telah mati, agar kamu tidak bersedih seperti orang yang tidak mempunyai harapan. \v 14 Kita percaya bahawa Isa telah mati dan hidup semula. Kita juga percaya bahawa mereka yang beriman kepada Isa dan kemudiannya mati akan dihidupkan semula oleh Allah untuk hidup bersama-Nya. \v 15 Inilah ajaran Tuhan yang kami sampaikan kepadamu – pada hari kedatangan Junjungan yang masih hidup tidak akan mendahului mereka yang sudah mati. \v 16 Pada waktu itu, Junjungan akan turun dari syurga dengan satu seruan yang kuat, dengan suara malaikat agung, dan dengan sangkakala Allah. Mereka yang beriman kepada al-Masih dan telah mati akan dibangkitkan terlebih dahulu. \v 17 Kemudian kita yang masih hidup ketika itu akan diangkat bersama mereka ke awan untuk bertemu dengan Junjungan di angkasa. Lantas kita akan bersama Junjungan selama-lamanya. \v 18 Oleh itu, hendaklah kamu menyenangkan hati sesama sendiri dengan kata-kata ini. \c 5 \p \v 1 Saudara-saudara, soal tentang masa dan detiknya tidaklah perlu kami tulis kepadamu. \v 2 Kamu cukup mengetahui hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti datangnya pencuri pada malam hari. \v 3 Ketika orang berkata, ‘Segalanya aman tenteram,’ maka ketika itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dalam sekelip mata dan tiada siapapun dapat melepaskan diri. Berlakunya kelak dengan mengejut, seperti rasa sakit perempuan yang akan melahirkan anak. \p \v 4 Tetapi, saudara-saudara, kamu tidak hidup dalam kegelapan. Hari itu tidak seharusnya mengejutkan kamu seperti datangnya pencuri. \v 5 Kamu semua anak cahaya, anak siang. Kita bukanlah makhluk malam atau kegelapan. \v 6 Oleh yang demikian, janganlah kita tidur seperti orang lain. Marilah kita berjaga dan berkeadaan siuman. \v 7 Orang yang tidur, tidur pada waktu malam. Orang yang mabuk, mabuk pada waktu malam. \v 8 Tetapi kita anak-anak siang, hendaklah sentiasa waras dan waspada. Jadikan iman dan kasih perisai dada kita, serta harapan diselamatkan sebagai topi besi pelindung kepala. \v 9 Allah memilih kita bukannya untuk menanggung kemurkaan-Nya, tetapi untuk diselamatkan melalui Junjungan kita Isa al-Masih. \v 10 Isa telah mati untuk kita supaya kita dapat hidup bersama-Nya sewaktu Dia datang nanti, sama ada kita terjaga atau tertidur mati pada masa itu. \v 11 Oleh yang demikian, hendaklah kamu saling menggalakkan dan meneguhkan, sebagaimana yang kamu lakukan sekarang. \s1 Petunjuk-petunjuk akhir \p \v 12 Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu supaya menghormati orang yang berjerih payah di kalanganmu, membimbing dan menasihatimu dalam kehidupanmu dalam Tuhan. \v 13 Layanilah mereka dengan sepenuh hormat dan kasihilah mereka kerana segala yang diusahakan oleh mereka. Hiduplah bersama-sama dalam aman damai. \v 14 Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu, berilah amaran kepada orang yang melanggar peraturan, tetapkan hati orang yang takut, tolong orang yang lemah, dan bersabar terhadap semua. \v 15 Pastikan jangan sesiapa membalas kejahatan dengan kejahatan. Berusahalah ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang. \p \v 16 Bersukacitalah sentiasa. \v 17 Berdoalah sepanjang masa. \v 18 Bersyukurlah dalam segala keadaan kerana inilah yang dikehendaki Allah daripadamu dalam Isa al-Masih. \p \v 19 Janganlah padamkan kemarakan api Roh Suci. \v 20 Janganlah hinakan nubuat. \v 21 Uji setiap perkara. Berpegang teguh kepada yang baik. \v 22 Jauhilah segala bentuk kejahatan. \p \v 23 Semoga Allah damai sejahtera menyucikanmu dengan sempurna dan memelihara roh, jiwa dan jasadmu, agar tidak ada cacat cela ketika Junjungan kita Isa al-Masih datang kembali. \v 24 Dia yang memanggil kamu itu setia, dan Dia akan melakukannya. \b \m \v 25 Saudara-saudara, doakanlah kami. \v 26 Bersalamanlah dengan mesra apabila bertemu saudara-saudara seiman. \v 27 Dengan nama Junjungan aku menyeru kamu supaya membacakan surat ini kepada semua saudara seiman. \p \v 28 Semoga kasih kurnia Junjungan kita Isa al-Masih menyertai kamu.